Ujian Penilaian Kelas Tambahan Online

17 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Ujian Penilaian Kelas Tambahan Online telah diadakan pada hari Jumaat dan Sabtu, 15 dan 16 Mac 2019 yang lalu. Ujian Penilaian ini diadakan setelah beberapa minggu pelajar mengikuti kelas tambahan online. Dengan adanya ujian penilaian ini, pelajar-pelajar dapat mengetahui pencapaian dan tahap kefahaman mereka setelah melalui beberapa minggu kelas tambahan.

Selain mengetahui pencapaian mereka, pelajar-pelajar juga mendapat markah yang dapat dikumpul untuk memenangi hadiah-hadiah yang menarik. Pelajar-pelajar lebih bersemangat menjalani ujian penilaianan dengan adanya hadiah yang disediakan.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

Kembali Ke Atas

kembali